MyGovCloud

Apa itu MyGovCloud?


MyGovCloud merupakan perkhidmatan Cloud Hosting yang menyediakan sejumlah sumber (rangkaian, server, storan, sistem operasi) secara maya (virtual) kepada agensi untuk diuruskan bagi menampung aplikasi yang dibangunkan berasaskan Private Cloud(Cloud Enable) dan merupakan satu lagi perkhidmatan yang disediakan di Pusat Data Sektor Awam (PDSA), di bawah kendalian Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Latar Belakang

1GovCloud(dahulu) telah dilancarkan secara rasmi oleh YB Datuk Joseph Entulu anak Belaun Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 1 Julai 2013. Pada tahun 2020 telah dijenamakan semula sebagai MyGovCloud.

Sebagai langkah memantapkan lagi perkhidmatan pengkomputeran awan, pihak Kerajaan telah menjalin kerjasama dengan penyedia perkhidmatan cloud komersil tempatan dan antarabangsa iaitu Cloud Framework Agreement (CFA) bersama TM Cloud, Google Cloud, Amazon Web Services (AWS) dan Microsoft Azure ke arah perkongsian sumber pengkomputeran awan secara guna sama yang lebih meluas kepada semua agensi di sektor awam.

Seterusnya, Dasar Pengkomputeran Awan Sektor Awam telah dikeluarkan oleh MAMPU pada tahun 2021 sebagai panduan bagi merealisasikan hasrat Kerajaan. Maka, wujudnya perkhidmatan gabungan MyGovCloud yang terbahagi kepada MyGovCloud@PDSA dan MyGovCloud@CFA.

Objektif MyGovCloud

Pengoperasian perkhidmatan Cloud Hosting secara berpusat untuk agensi-agensi Kerajaan.

Dasar Pengkomputeran Awan

Pekeliling ini bertujuan untuk menjelaskan dasar berhubung penggunaan perkhidmatan pengkomputeran awan kepada Agensi Sektor Awam bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan. Baca lagi