Mengenai Kami

MyGovCloud@PDSA

Kerajaan melalui Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah melaksanakan projek Pusat Data Sektor Awam (PDSA) pada tahun 2011. PDSA menyediakan perkhidmatan pusat data dan Pusat Pemulihan Bencana (DRC) bagi pengoperasian perkhidmatan ICT secara berpusat untuk agensi-agensi Kerajaan.

Baca Lagi

Produk & Perkhidmatan

Kelayakan

Kementerian/Agensi Sektor Awam

Jaminan Perkhidmatan

Fasiliti di MyGovCloud@PDSA turut dilengkapi dengan peralatan dan perisian berteknologi terkini yang berupaya memastikan perkhidmatan DC dan DRC sentiasa tersedia dengan service level agreement (SLA) 99.5%.
Perkakasan dan perisian di semua cawangan MyGovCloud@PDSA diselenggara secara berkala dan komprehensif setiap tiga bulan manakala penyenggaraan pemulihan dilaksanakan mengikut keperluan. Bagi menjamin perkhidmatan yang selamat dan dipercayai, pusat data MyGovCloud@PDSA dilengkapi dengan sistem pengoperasian dan pemantauan yang berfungsi 24 jam sehari untuk mengesan sebarang isu teknikal atau serangan siber yang berlaku. Perkhidmatan dan fasiliti infrastruktur MyGovCloud@PDSA turut mematuhi standard piawaian MS ISO-IEC 27001:2013 - Information Security Management System bagi memastikan keselamatan aplikasi dan data agensi pengguna. Pasukan MyGovCloud@PDSA sentiasa bekerjasama dengan pihak industri dalam memastikan teknologi yang digunakan di PDSA adalah selari dengan perkembangan semasa teknologi ICT di peringkat global. Tambahan lagi, perkhidmatan MyGovCloud@PDSA dikendalikan oleh kakitangan yang bertauliah dengan pensijilan profesional seperti Certified Data Centre Professional (CDCP), Certified Data Centre Specialist (CDCS), Certified TIA-942 Design Consultant (CTDC), Certified Data Centre Facilities Operations Manager (CDFOM), Cisco Certified Network Association (CCNA) dan sebagainya.