Portal MyGovCloud@PDSA menyediakan kemudahan untuk capaian Orang Kurang Upaya (OKU) / Disability Access bagi memudahkan navigasi maklumat secara inklusif.
A. Pengguna Rabun Silau
Bagi pengguna rabun silau, kemudahan pilihan "Grayscale" disediakan melalui Widget Kebolehcapaian yang boleh didapati di penjuru bawah skrin portal. Pengguna boleh menukar paparan portal kepada ton kelabu untuk penglihatan yang lebih selesa.
B. Pengguna Warga Tua / Masalah Penglihatan
Bagi memudahkan warga tua atau pengguna dengan masalah penglihatan, kami menyediakan fungsi pelarasan saiz teks (Font Size). Pengguna boleh membesarkan atau mengecilkan saiz teks portal mengikut kesesuaian capaian masing-masing menggunakan butang tetapan yang disediakan.
C. Pelarasan Cursor Mouse
Sekiranya anda mengalami kesukaran untuk mengesan pergerakan tetikus, widget kami turut menyediakan pilihan untuk membesarkan saiz cursor (Normal, Besar, Sangat Besar) bagi memudahkan navigasi pada paparan skrin yang lebih luas.