Pengenalan

"Kerajaan melalui Jabatan Digital Negara (dulu dikenali sebagai Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia) telah melaksanakan projek Pusat Data Sektor Awam (PDSA) pada tahun 2011. PDSA menyediakan perkhidmatan pusat data dan Pusat Pemulihan Bencana (DRC) bagi pengoperasian perkhidmatan ICT secara berpusat untuk agensi-agensi Kerajaan."

Kemaskini Terakhir: 31 Mac 2026 | Paparan: 50

Apa itu MyGovCloud@PDSA?

MyGovCloud@PDSA merupakan salah satu daripada shared services kerajaan yang menyediakan perkhidmatan pengkomputeran awan (Cloud Computing) and Pusat Pemulihan Bencana (DRC) untuk Agensi Sektor Awam.

Latar Belakang

Kerajaan melalui Jabatan Digital Negara (JDN) [dahulunya dikenali sebagai Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)] telah melaksanakan projek Pusat Data Sektor Awam (PDSA) pada tahun 2011. PDSA menyediakan perkhidmatan pusat data dan Pusat Pemulihan Bencana (DRC) bagi pengoperasian perkhidmatan ICT secara berpusat untuk agensi-agensi Kerajaan.

Visi

Sebagai penyedia perkhidmatan pengkomputeran awan (cloud computing) yang unggul kepada sektor awam.

Misi

Peneraju dalam pembangunan perkhidmatan pengkomputeran awan yang meliputi Perkhidmatan Infrastruktur (IaaS), Perkhidmatan Platform (PaaS) dan Perkhidmatan Perisian (SaaS).

Objektif

1.
Meningkatkan Penyampaian Perkhidmatan

Meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan Kerajaan kepada rakyat dan agensi.

2.
Penjimatan Kos Operasi

Mengurangkan kos operasi ICT Kerajaan sekurang-kurangnya 20% melalui konsolidasi sumber.

3.
Menjana Ekonomi Negara

Membantu menjana pembangunan ekonomi dan meningkatkan Pendapatan Kasar Negara (GNI).

4.
Melestarikan Teknologi Hijau

Mengurangkan kesan karbon (carbon footprint) ke arah persekitaran teknologi hijau yang mesra alam.

5.
Optimasi Teknologi ICT

Mengoptimumkan penggunaan teknologi ICT serta memastikan tahap kualiti perkhidmatan yang tinggi.

6.
Perlindungan Aset ICT

Melindungi aset ICT Kerajaan dan meminimumkan impak gangguan terhadap keselamatan data.

Pengguna Perkhidmatan

Perkhidmatan ini disediakan khusus untuk Agensi Sektor Awam bagi menyokong pengoperasian perkhidmatan ICT secara berpusat. Sejak tahun 2011, projek PDSA yang diterajui oleh Jabatan Digital Negara (JDN) telah menjadi pemangkin kepada transformasi digital kerajaan melalui penyediaan fasiliti pusat data dan Pusat Pemulihan Bencana (DRC) yang bertaraf dunia.

?

Apakah Impak MyGovCloud@PDSA kepada Kerajaan?

Dengan terlaksananya projek PDSA, Kerajaan telah berjaya mengurangkan kos pengoperasian ICT sebanyak 20% serta meningkatkan tumpuan kepada pekerjaan teras bagi kakitangan teknikal agensi. Kerajaan juga dapat melindungi aset ICT Kerajaan dan meminimumkan impak gangguan.

?

Bagaimanakah MyGovCloud@PDSA akan diperluaskan?

MAMPU telah diberikan mandat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Negara (JPPN) pada 10 September 2015 di mana YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara (KSN) bersetuju agar MAMPU melaksanakan Projek Pengukuhan dan Peluasan Pusat Data Sektor Awam (PDSA) merangkumi perkhidmatan yang disediakan. Antara pengukuhan yang menjadi tumpuan ialah menjadikan perkhidmatan PDSA sebagai utiliti dan memperluaskan katalog perkhidmatan dengan perkhidmatan nilai tambah.