Soalan Lazim (FAQ)

Apakah Asas Penubuhan PDSA?

Penubuhan PDSA telah dimulakan sejak tahun 2010 melalui keputusan Mesyuarat MSC Implementation Council (ICM) Ke-22 yang dipengerusikan YAB Perdana Menteri pada 8 Oktober 2010 memutuskan supaya MAMPU menerajui pelaksanaan pemusatan atau konsolidasi dan penetapan mutu piawaian keperluan ICT Kerajaan. Kerajaan melalui Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah melaksanakan projek Pusat Data Sektor Awam (PDSA) pada tahun 2011.

Apa itu MyGovCloud@PDSA?

MyGovCloud@PDSA merupakan salah satu daripada ‘shared services’ Kerajaan yang menawarkan perkhidmatan pusat data utama (DC) dan Pusat Pemulihan Bencana (DRC) untuk Agensi Sektor Awam menggunakan teknologi pengkomputeran awan yang terdiri daripada pelayan, storan, pangkalan data, rangkaian dan perisian yang boleh dicapai menerusi rangkaian dan Internet.

Kategori Agensi Kerajaan yang layak menggunakan MyGovCloud@PDSA?

Semua peringkat pentadbiran Kerajaan iaitu agensi Kerajaan Persekutuan, Jabatan dan Badan Berkanun Persekutuan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Jabatan dan Badan Berkanun Negeri (Tidak Diasingkan) serta Pihak Berkuasa Tempatan.

Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh MyGovCloud@PDSA?

Perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi:
  • Fizikal & Virtual Server Hosting: Menyediakan ruang dan menguruskan perkhidmatan hosting bagi server, peralatan keselamatan, komunikasi dan integrasi rangkaian.
  • Perkhidmatan Pusat Data (DC) dan Pusat Pemulihan Bencana (DRC): Menyediakan ruang dan rak, rangkaian, keselamatan dan migrasi secara fizikal dan virtual.
  • Backup & Restore: Menyediakan perkhidmatan backup dan restore bagi pelayan aplikasi yang ditempatkan di PDSA.
  • Perkhidmatan Sokongan: Menguruskan dan memantau status pengoperasian peralatan sokongan serta infrastruktur Pusat Data Sektor Awam.

Apakah jaminan tahap ketersediaan perkhidmatan MyGovCloud@PDSA?

Jaminan tahap ketersediaan adalah seperti berikut:
  • 99.5% Service Level Agreement (SLA)
  • 24 x 7 Pemantauan Keselamatan dan Rangkaian
  • MSISO/IEC 27001:2003 Pematuhan Standard ISMS
  • Operational Level of Understanding (OLU)
  • Kompetensi personel dengan pensijilan CDCP, CDCS, CDCFOM, CTDC, CCNA, BCMS, COMPTIA+, CCSK dan PRINCE2.

Adakah wujud perjanjian antara MyGovCloud@PDSA dan Agensi?

Ya, wujud dokumen Perjanjian Persefahaman (Operational Level Of Understanding - OLU) antara pihak PDSA dan agensi pengguna.

Bagaimana cara untuk memohon perkhidmatan MyGovCloud@PDSA?

Panduan permohonan hendaklah merujuk kepada Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.1 Tahun 2021: Garis Panduan Perkhidmatan MyGovCloud@PDSA.