Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung melalui portal MyGovCloud@PDSA.
Segala maklumat peribadi yang dikumpul akan disimpan dengan selamat dan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik maklumat, melainkan diwajibkan oleh undang-undang.
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari portal ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel atau borang pendaftaran di dalam portal ini.
Untuk tujuan meningkatkan keselamatan dan kualiti perkhidmatan MyGovCloud, fail log akan merekodkan maklumat teknikal secara automatik seperti:
Portal ini menggunakan 'cookies' untuk membolehkan sistem mengenali pelayar anda dan menyediakan ciri-ciri navigasi yang lebih lancar. Cookies tidak merekodkan data peribadi anda secara kekal dan tidak disimpan di dalam cakera keras komputer anda sebaik sahaja anda menutup pelayar.
Portal ini mempunyai pautan ke laman web agensi kerajaan lain dan organisasi swasta. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk portal MyGovCloud@PDSA sahaja. Anda dinasihatkan untuk membaca dan memahami dasar privasi setiap laman web yang dikunjungi.
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemaskini di halaman ini. Dengan melayari portal ini secara berterusan, anda dianggap telah bersetuju dengan pindaan yang dibuat.