MyGovCloud@PDSA

Kerajaan melalui Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah melaksanakan projek Pusat Data Sektor Awam (PDSA) pada tahun 2011. PDSA menyediakan perkhidmatan pusat data dan Pusat Pemulihan Bencana (DRC) bagi pengoperasian perkhidmatan ICT secara berpusat untuk agensi-agensi Kerajaan.

Apa itu MyGovCloud@PDSA?

MyGovCloud@PDSA merupakan salah satu daripada shared services kerajaan yang menyediakan perkhidmatan pengkomputeran awan dan Pusat Pemulihan Bencana(DRC) untuk Agensi Sektor Awam.

Perkhidmatan MyGovCloud@PDSA

Menyediakan ruang dan menguruskan perkhidmatan hosting bagi server, peralatan keselamatan, komunikasi dan integrasi rangkaian.

Menyedia, mengurus dan mengoperasi perkhidmatan Pusat Data dan Pusat Pemulihan Bencana bagi agensi-agensi Kerajaan. Perkhidmatan merangkumi penyediaan ruang dan rak, rangkaian, Keselamatan dan migrasi secara fizikal dan virtual.

Menyediakan perkhidmatan backup dan restore bagi pelayan aplikasi yang ditempatkan di PDSA.

Menguruskan dan memantau status pengoperasian peralatan-peralatan sokongan serta infrastruktur Pusat Data Sektor Awam. PDSA sering menjadi menerima kunjungan lawatan samada di dalam dan luar negara bagi agensi mempelajari dan berkongsi pengetahuan berkaitan pusat data dan pegawai-pegawai PDSA turut menjadi pakar rujuk untuk agensi-agensi lain. PDSA telah dianugerahkan Pensijilan ISO/IEC 2007:2013 ISMS.

Apakah Impak MyGovCloud@PDSA kepada Kerajaan?

Dengan terlaksananya projek PDSA, Kerajaan telah berjaya mengurangkan kos pengoperasian ICT sebanyak 20% serta meningkatkan tumpuan kepada pekerjaan teras bagi kakitangan teknikal agensi. Kerajaan juga dapat melindungi aset ICT Kerajaan dan meminimumkan impak gangguan.

Bagaimanakah MyGovCloud@PDSA akan diperluaskan?

MAMPU telah diberikan mandat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Negara (JPPN) pada 10 September 2015 di mana YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara (KSN) bersetuju agar MAMPU melaksanakan Projek Pengukuhan dan Peluasan Pusat Data Sektor Awam (PDSA) merangkumi perkhidmatan yang disediakan. Antara pengukuhan yang menjadi tumpuan ialah menjadikan perkhidmatan PDSA sebagai utiliti dan memperluaskan katalog perkhidmatan dengan perkhidmatan nilai tambah.